Mongol (filem)
| Mongol | |
|---|---|
Poster filem Mongol | |
| Pengarah | Sergei Bodrov |
| Penulis | Arif Aliyev Sergei Bodrov |
| Dihasilkan oleh | Sergei Selyanov Sergei Bodrov Anton Melnik |
| Dibintangi | Tadanobu Asano Sun Honglei Khulan Chuluun Odnyam Odsuren |
| Sinematografi | Sergey Trofimov Rogier Stoffers |
| Disunting oleh | Valdís Óskarsdóttir Zach Staenberg |
| Muzik oleh | Tuomas Kantelinen |
| Diedarkan oleh | Picturehouse Sony Pictures Releasing International (Malaysia) |
Tarikh tayangan | 20 September 2007 (Rusia) 6 Jun 2008 (AS) 13 Jun 2008 (UK) 7 Mei 2009 (Malaysia) |
Masa tayangan | 125 min |
| Negara | Jerman Kazakhstan Rusia Mongolia |
| Bahasa | Mongol Mandarin |
| Bajet | $20,000,000 (anggaran) |
Mongol (Rusia: Монгол) (2007) ialah filem separa sejarah arahan Sergei Bodrov mengisahkan zaman kanak-kanak Genghis Khan. Ia dirancang sebagai siri pertama dalam filem trilogi mengenai kehidupan Temujin (Genghis Khan).
Filem ini adalah hasil usaha sama antarabangsa antara syarikat-syarikat di Jerman, Kazakhstan, Mongolia dan Rusia. Sebahagian besar penggambaran dibuat di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, China, dan juga di Kazakhstan. Penggambaran bermula pada bulan September 2005 dan berakhir pada November 2006. Filem ini dicalonkan oleh Kazakhstan dalam kategori Filem Asing Terbaik, Anugerah Akademi 2007.
Sekuel kedua dalam trilogi ini, yang diberi judul The Great Khan (Khan yang agung) sedang dalam proses pra produksi dan bakal ditayangkan pada 2010.