Genghis Khan

Genghis Khan
Khagan Empayar Mongol
Pemerintahan1206–1227
PertabalanMusim bunga 1206 di khurultai di tebing Sungai Onon, Mongolia
Nama penuhGenghis Khan
(nama lahir: Borjigin Temüjin)
tulisan Mongol ᠪᠣᠷᠵᠢᠭᠢᠨ ᠲᠡᠮᠦᠵᠢᠨ.
GelaranKhan, Khagan
Nama kuil: Taizu (太祖)
Nama selepas mati: Maharaja Fatian Qiyun Shengwu
(法天啟運聖武皇帝)
PenggantiÖgedei Khan
PasanganBörte Ujin
Khulan
Yisugen
Yisui
lain-lain
AnakandaJochi
Chagatai
Ögedei
Tolui
Kulhan
lain-lain
Kerabat dirajaBorjigin
AyahandaYesükhei
BondaHo'elun

Genghis Khan (bahasa Mongol: Чингис Хаан), juga dieja Jenghis Khan, Jinghis Khan, Chinghiz Khan, Chinggis Khan, Changaiz Khan, nama asalnya Temüjin, juga dieja Temuchin, (c. 1155/1162/1167 - 18 Ogos 1227) adalah khan Mongol dan ketua ketenteraan yang menyatukan puak Mongol dan kemudiannya mengasaskan Empayar Mongol dengan menakluk sebahagian besar Asia, termasuk utara China (Dinasti Jin), Barat Xia, Asia Tengah, Parsi, dan Mongolia. Penggantinya, Ogedei dan Mongke meluaskan penguasaan Mongol menjadi empayar terluas dalam sejarah manusia. Dia merupakan datuk kepada dua tokoh Mongolia yang penting dua generasi selepasnya, Kublai Khan di Khanbaliq dan Kaidu di Karakoram.