Mohd Ruddin Abd Ghani
Datuk Dr. Mohd Ruddin Abd Ghani (lahir 22 Mac 1954) ialah ahli akademik dan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Setiausaha Parlimen Kementerian Sains dan Teknologi Malaysia (2004-2008), mantan Ahli Parlimen Bukit Katil (kini Hang Tuah Jaya) selama sepenggal (2004-2008) dan mantan Rektor Pertama Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) (kini UTeM).
Datuk Dr. Mohd Ruddin Abd Ghani PhD | |
|---|---|
| Setiausaha Parlimen Kementerian Sains dan Teknologi Malaysia | |
| Dalam jawatan 2004–2008 | |
| Perdana Menteri | Abdullah Ahmad Badawi |
| Menteri | Jamaluddin Jarjis |
| Timbalan Menteri | Kong Cho Ha |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Bukit Katil | |
| Dalam jawatan 2004–2008 | |
| Didahului oleh | Kawasan ditukar nama daripada Batu Berendam |
| Digantikan oleh | Md Sirat Abu |
| Rektor Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (kini Universiti Teknikal Malaysia Melaka) | |
| Dalam jawatan 2004–2008 | |
| Digantikan oleh | Ismail Hassan (Naib Canselor UTeM) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 22 Mac 1954 (70 tahun) Bukit Katil, Melaka |
| Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu |
| Tempat belajar | Universiti Teknologi Malaysia (BSc) City University (MSc) Manchester Institute of Science and Technology (PhD) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Ahli akademik |