Mohd Fairuz Mohd Isa
Mohd Fairuz Mohd Isa | |
|---|---|
| Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi Serting | |
| Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
| Didahului oleh | Shamsulkahar Mohd Deli (BN–UMNO) |
| Majoriti | 843 (2023) |
| Pengerusi PAS Bahagian Jempol | |
| Menyandang jawatan 2018 | |
| Pesuruhjaya Negeri | Rafiei Mustapha |
| Didahului oleh | Mustaffa Daharun |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Mohd Fairuz bin Mohd Isa Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan |
| Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia (PAS) |
| Gabungan politik lain | Gagasan Sejahtera (GS) (–2020) Perikatan Nasional (PN) (2020–kini) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Mohd Fairuz bin Mohd Isa merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Serting sejak Ogos 2023. Beliau merupakan ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sebuah parti komponen dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) dan sebelum ini Gagasan Sejahtera (GS).
Beliau telah menjadi Ketua Bahagian PAS Jempol sejak tahun 2018 menggantikan Mustaffa Daharun yang telah meninggal dunia.