Mohd Azlan Helmi
Mohd Azlan Helmi | |
|---|---|
| محمّد أزلان حلمي | |
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak | |
| Menyandang jawatan 22 November 2022 | |
| Raja | Sultan Nazrin Muizzuddin Shah |
| Menteri Besar | Saarani Mohamad |
| Portfolio | Komunikasi, Multimedia & Pertubuhan Bukan Kerajaan |
| Didahului oleh | Khairul Shahril Mohamed (Komunikasi & Multimedia) Wan Norashikin Wan Noordin (Pertubuhan Bukan Kerajaan) |
| Kawasan pilihan raya | Tualang Sekah |
| Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak | |
| Menyandang jawatan 15 September 2024 | |
| Presiden | Anwar Ibrahim |
| Pengerusi Negeri | Mohamad Hairul Amir Sabri |
| Didahului oleh | Mohamad Hairul Amir Sabri |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi Tualang Sekah | |
| Menyandang jawatan 19 November 2022 | |
| Didahului oleh | Nolee Ashilin Mohammed Radzi (BN–UMNO) |
| Majoriti | 253 (2022) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Mohd Azlan bin Helmi 1980 (umur 44–45) Malaysia |
| Kerakyatan | Malaysia |
| Parti politik | Parti Keadilan Rakyat (PKR) |
| Gabungan politik lain | Pakatan Rakyat (PR) (2008–2015) Pakatan Harapan (PH) (sejak 2015) |
| Tempat belajar | Institut Teknologi Perak |
| Pekerjaan | |
| Bidang pengkhususan | Penolong Jurutera |
Mohd Azlan bin Helmi (lahir 1980) ialah seorang rakyat Malaysia yang merupakan ahli politik, usahawan dan pembantu jurutera. Beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (EXCO) dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Menteri Besar Saarani Mohamad dan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) bagi Tualang Sekah sejak November 2022. Beliau merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan sebelum ini Pakatan Rakyat (PR). Beliau juga telah berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi Negeri PKR Perak sejak September 2024, Setiausaha Negeri PKR Perak dan Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen (MP) bagi Kampar sejak 2018. Beliau pernah menjadi Penyelaras bagi kerusi negeri Tualang Sekah pada 2017, Timbalan Ketua Pemuda PH Negeri Perak pada 2017, Ketua Pemuda Negeri PKR Perak dari 2014 hingga 2018, Ketua Pemuda Bahagian PKR Kampar pada 2014, Ahli Jawatankuasa Bahagian PKR Kampar pada 2010, Ejen Mengundi dan Pengiraan (PACA) Bahagian Kampar dari 2009 hingga 2013, Ahli Sekretariat Pemuda PR Perak dari 2009 hingga 2013, Timbalan Ketua Bahagian PKR Kampar pada 2009 dan Ketua Cawangan Batu Karang pada 2008.