Mohammad Nizar Jamaluddin
Mohammad Nizar Jamaluddin | |
|---|---|
| نزار جمال الدين | |
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak | |
| Menyandang jawatan 22 November 2022 (Infrastruktur, Tenaga, Air & Pengangkutan Awam : sejak 23 November 2022) | |
| Raja | Sultan Nazrin Muizzuddin Shah |
| Menteri Besar | Saarani Mohamad |
| Didahului oleh | Mohd Zolkafly Harun |
| Kawasan pilihan raya | Sungai Rapat |
| Dalam jawatan 19 Mei 2018 – 10 Mac 2020 (Pelaburan & Pembangunan Koridor) | |
| Raja | Sultan Nazrin Muizzuddin Shah |
| Menteri Besar | Ahmad Faizal Azumu |
| Didahului oleh | Mohd Zahir Abdul Khalid |
| Digantikan oleh | Shahrul Zaman Yahya |
| Kawasan pilihan raya | Sungai Rapat |
| Menteri Besar Perak ke-10 | |
| Dalam jawatan 17 Mac 2008 – 12 Mei 2009 | |
| Raja | Sultan Azlan Muhibbuddin Shah |
| Didahului oleh | Tajol Rosli Mohd Ghazali |
| Digantikan oleh | Zambry Abdul Kadir |
| Kawasan pilihan raya | Pasir Panjang |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi Sungai Rapat | |
| Menyandang jawatan 9 Mei 2018 | |
| Didahului oleh | Radzi Zainon (PR–PAS) |
| Majoriti | 3,614 (2018) 3,494 (2022) |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi Changkat Jering | |
| Dalam jawatan 5 Mei 2013 – 9 Mei 2018 | |
| Didahului oleh | Mohd Osman Mohd Jailu (PR–PKR) |
| Digantikan oleh | Ahmad Saidi Mohamad Daud (BN–UMNO) |
| Majoriti | 1,170 (2013) |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi Pasir Panjang | |
| Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 5 Mei 2013 | |
| Didahului oleh | M. Ramachandran (BN–MIC) |
| Digantikan oleh | Rashidi Ibrahim (BN–UMNO) |
| Majoriti | 4,474 (2008) |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Bukit Gantang | |
| Dalam jawatan 7 April 2009 – 5 Mei 2013 | |
| Didahului oleh | Roslan Shaharum (PR–PAS) |
| Digantikan oleh | Idris Ahmad (PR–PAS) |
| Majoriti | 2,789 (2009) |
| Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Perak | |
| 2008–2015 | Parti Islam Se-Malaysia |
| 2015–2018 | Parti Amanah Negara |
| 2018– | Pakatan Harapan |
| Puak yang diwakili dalam Dewan Rakyat | |
| 2009–2013 | Parti Islam Se-Malaysia |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Mohammad Nizar bin Jamaluddin 17 Mac 1957 Kampar, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
| Kerakyatan | Malaysia |
| Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia (PAS) (1995–2015) Parti Amanah Negara (AMANAH) (sejak 2015) |
| Gabungan politik lain | Barisan Alternatif (BA) (1999–2004) Pakatan Rakyat (PR) (2008–2015) Pakatan Harapan (PH) (sejak 2015) |
| Pasangan | Fatimah Taat |
| Anak | 8 |
| Kediaman | Sungai Rokam, Perak |
| Tempat belajar | Universiti Aston |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Jurutera |
Mohammad Nizar bin Jamaluddin (lahir 17 Mac 1957) merupakan seorang ahli politik dan jurutera Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak sejak November 2022 di bawah pentadbiran Saarani Mohamad dan dari Mei 2018 hingga Mac 2020 di bawah pentadbiran Ahmad Faizal Azumu, serta sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi kawasan Sungai Rapat sejak Mei 2018. Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Perak ke-10 dari Mac 2008 hingga kejatuhan pentadbirannya pada Februari 2009, mewakili Changkat Jering dari Mei 2013 hingga Mei 2018 dan Pasir Panjang dari Mac 2008 hingga Mei 2013 dalam Dewan Undangan Negeri, serta mewakili Bukit Gantang di Dewan Rakyat dari April 2009 hingga Mei 2013.
Beliau merupakan ahli Parti Amanah Negara (AMANAH), sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH), dan pernah menjadi ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Beliau kini merupakan satu-satunya wakil AMANAH dalam Dewan Undangan Negeri Perak.