Mohamed Said bin Mohamed

Mohamed Said Mohamed
P.M.N., Dato' Setia Perkasa (N.S.), P.P.M. (Emas)
Menteri Besar Negeri Sembilan
Dalam jawatan
24 Jun 1959 – 10 Mei 1969
TimbalanAbdul Samad Idris (1964-1969)
Didahului olehShamsudin Nain
Digantikan olehMansor Othman
Maklumat peribadi
Lahir(1907-10-31)31 Oktober 1907
Kampung Tengah, Linggi, Negeri Sembilan
Meninggal dunia22 Julai 1996(1996-07-22) (umur 88)
Ibu bapaMohamed Mohamad Yusof (bapa)
Majidah Mohd Peral (ibu)

Tan Sri Dato' Setia Perkasa Dr. Mohamed Said bin Mohamed (31 Oktober 1907 – 22 Julai 1996) ialah Menteri Besar Negeri Sembilan yang ketiga. Beliau ialah Menteri Besar Negeri Sembilan pertama yang dipilih menerusi pilihan raya selepas pilihan raya umum Tanah Melayu 1959.

Beliau dipilih selepas menang di DUN Linggi dalam pilihan raya negeri Negeri Sembilan 1959, bagi menggantikan penyandang sebelumnya, Dato' Shamsudin bin Nain.