Shamsudin bin Nain
Shamsudin bin Nain Dato' Setia Diraja (N.S.), P.P.T. | |
|---|---|
| Menteri Besar Negeri Sembilan | |
| Dalam jawatan 14 October 1953 – 24 Jun 1959 | |
| Didahului oleh | Abdul Malek Yusuf |
| Digantikan oleh | Mohamed Said Mohamed |
| Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan | |
| Dalam jawatan 1 Mac 1953 – 1 Oktober 1953 | |
| Didahului oleh | Abdul Aziz Abdul Majid |
| Digantikan oleh | Lokman Yusof |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Shamsudin bin Nain 23 Julai 1911 |
| Meninggal dunia | 28 Februari 1983 (umur 71) Kuala Lumpur, Malaysia |
Dato' Setia Diraja Shamsudin bin Nain (23 Julai 1911 – 28 Februari 1983) ialah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau ialah Menteri Besar Negeri Sembilan kedua yang berkhidmat pada 1953 hingga 1959. Pada 1964, beliau pernah dilantik ahli tidak rasmi bagi Lembaga Penasihat Bandaran Ibu Kota Persekutuan.
Beliau ialah graduan undang-undang dari United Kingdom dengan memperoleh biasiswa daripada Kerajaan Negeri Negeri Sembilan. Beliau pernah menjadi majistret di Ipoh sebelum menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan Menteri Besar.