Linggi

Linggi
Negara Malaysia
Negeri Negeri Sembilan
DaerahPort Dickson
Pentadbiran
 • JenisTempatan
 • BadanMajlis Perbandaran Port Dickson
 • Yang Dipertua
Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Port Dickson
Malaysia
Penyandang
Tuan Hasnor bin Abdul Hamid
sejak 1 Mac 2024 (2024-03-01)
Majlis Perbandaran Port Dickson
GelaranYang Berbahagia
Lapor kepadaMenteri Besar Negeri Sembilan
Bidang kuasaNegeri Sembilan dan Port Dickson
PusatPort Dickson
Dilantik olehYang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan atas nasihat Menteri Besar Negeri Sembilan
sunting · sunting di Wikidata
Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Port Dickson mengetuai Majlis Perbandaran Port Dickson .
 • Pegawai DaerahKhairy Maamor
Linggi
Lokasi Luak Linggi di Negeri Sembilan (luak kecil berwarna ungu cair)
Negara Malaysia
Negeri Negeri Sembilan
Institusi adatUndang Luak Sungai Ujong

Linggi ialah sebuah mukim di daerah Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.Dari segi pentadbiran adat, Linggi merupakan sebuah luak di bawah naungan Luak Sungai Ujong. Tempat yang berhampiran termasuklah Pasir Panjang, Pengkalan Kempas, Tanjung Agas dan Teluk Kemang.

Tempat ini mendapat namanya daripada sebatang sungai yang menjadi sempadan Negeri Sembilan dan Melaka. Sungai Linggi ini menjadi laluan masuk kapal-kapal dagang pada zaman silam. Raja Melewar yang datang dari Pagar Ruyung untuk dirajakan di Negeri Sembilan juga mudik ke hulu melalui Sungai Linggi. Sungai Linggi bercabang dua; satu cabang mengalir dalam daerah Rembau manakala satu lagi cabang berhulu di daerah Seremban. Hulu cabang inilah yang dinamakan Sungai Ujung iaitu nama lama bagi Seremban.