Moghulistan

Moghulistan
Kekhanan Chagatai Timur
Моголистан
Mogholistan
1347 – 1462 (keseluruhan)
1462 – 1705 (Barat)

1462–1660an (Timur)
Peta Moghulistan, 1490
StatusPecahan Kekhanan Chagatai
Ibu negaraAlmaliq
Bahasa yang umum digunakanMongolia Pertengahan
Agama
Islam Sunni
KerajaanMonarki
Khan 
• 1347-1363
Tughlugh Timur
• 1363–1368
Ilyas Khoja
• 1429–1462
Esen Buqa II
Era SejarahAbad Pertengahan Akhir
• Penubuhan Moghulistan
1347
• Moghulistan terpecah menjadi dua
1462
Didahului oleh
Diganti oleh
Kekhanan Chagatai
Kekhanan Kumul
Kekhanan Yarkand
Kekhanan Turpan
Kekhanan Kazakh
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "continent"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "region"

Moghulistan (dari Parsi: مغولستان , Moghulestân, Bahasa Mongolia: Моголистан) dapat juga dipanggil Khaniyah Moghul atau Khaniyah Chagatai Timur, ialah sebuah khanat Mongol yang ditubuhkan dari terpisahnya wilayah Chagatai. Kerajaan ini berada kawasan geografi bersejarah di utara banjaran gunung Tengri Tagh, antara serantau Asia Tengah dan Asia Timur. Kawasan Moghulistan hari ini termasuk bahagian dari Kazakhstan, Kyrgyzstan, dan barat laut Xinjiang, China. Khanate secara pengaruh memerintah kawasan itu dari pertengahan abad ke-14 hingga akhir abad ke-17.

Bermula pada pertengahan abad ke-14, sebuah khanate baru, dalam bentuk konfederasi puak nomad yang diketuai oleh ahli keluarga Chagatai, muncul di kawasan Sungai Ili. Maka Moghulistan dianggap sebagai kesinambungan daripada Kekhanan Chagatai, tetapi ia juga dirujuk sebagai Kekhanan Moghul.

Pusat perekonomian khaniyah ini terletak pada oasis-oasis yang melintas di jalur sutra. Walaupun para penguasa menikmati kekayaan yang besar daripada perdagangan dengan dinasti Ming, ia dilanda perang saudara yang berterusan dan pencerobohan oleh Empayar Timuriyah yang muncul dari bahagian barat Chagatai Khanate dahulu (dapat dikatakan Timuriyah merupakan kesinambungan dari Khaniyah Chagat Barat. Khan yang semena-mena memisahkan diri dan membentuk pemerintahan tandingan di bandar seperti Kashgar dan Turfan. Akhirnya Kerajaan ini runtuh digantikan oleh Kyrgyz, Kazakh, dan Mongol Oirat. Bahagian Moghulistan paling timur, Khaniyah Yarkent masih bertahan sehingga kerajaan itu dijajah oleh Mongol Khaniyah Dzungar pada awal abad ke-18.