Mimpi Moon

Mimpi Moon
Poster keluaran tayangan
PengarahShuhaimi Baba
PenulisShuhaimi Baba
Lakon layarShuhaimi Baba
Dihasilkan oleh
  • Shuhaimi Baba
  • Aida Fitri Buyong (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiTeoh Gay Hian
Disunting olehKamaruddin Abu
Muzik olehShamsul Cairel
Syarikat
penerbitan
Diedarkan oleh
Tarikh tayangan
6 April 2000 (Malaysia)
Masa tayangan
102 minit
NegaraMalaysia
Bahasa
BajetRM 1.8 juta
Pecah panggungRM 560 ribu

Mimpi Moon ialah sebuah filem komedi romantik Malaysia 2000 arahan dan skrip oleh Shuhaimi Baba. Dibintangi oleh Rashidi Ishak dan Kavita Kaur, ia mengisahkan persahabatan akrab antara Moon, Vina, Nona dan Sok Van yang membesar di sebuah pekan kecil di Langkawi yang bernama Batu Suara. Apabila dewasa mereka terpisah kerana mengikut haluan hidup masing-masing. Setelah bertahun-tahun merantau, ada sesuatu yang membuatkan mereka kembali ke pekan kecil tersebut. Ida Nerina, Jalaluddin Hassan, Ning Baizura dan Afdlin Shauki melakonkan watak pembantu. Filem ini ditayangkan pada 6 April 2000 dan menerima pelbagai ulasan positif.