Melur Untuk Firdaus

Melur Untuk Firdaus
GenreMelodrama
Cinta
Berdasarkan daripada
My Rude Wife
karya Cik Nor Cinta
Ditulis oleh
  • Wan Mahani Wan Hassan
  • Liza Ali
PengarahZamri Zakaria
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan
Lagu penutup
  • "Bicara Menanti" - Tika Nasir (musim 1)
  • "Pejam" - Rahmad Mega (musim 2)
  • "L.O.V.E" - Syabil Zulkufli (episod akhir)
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim2
Bilangan episod63
Penerbitan
Penerbit eksekutifAmilia Amrina Dato' Wira Dr Affifudin
PenerbitDatin Wira Wan Kalsom Wan Yusof
PenyuntingKas Roshan
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
A-Ten Alliance (M) Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Lestary - Musim 1 / Slot Akasia - Musim 2)
Disney+ Hotstar
Mediacorp Suria (Tayangan 2024)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal
  • 27 Mei 2022 — 15 Julai 2022 (musim 1)
  • 16 Mac 2023 — 21 April 2023 (musim 2)
Kronologi
Mengikuti
Diikuti oleh

Melur Untuk Firdaus ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia arahan Zamri Zakaria dengan skrip oleh Wan Mahani Wan Hassan dan Liza Ali. Dibintangi oleh barisan pelakon ensembel yang diterajui oleh Anna Jobling dan Meerqeen, siri ini merupakan adaptasi dari novel 2019, My Rude Wife karya Cik Nor Cinta. Musim pertama drama ini memulakan tayangan di Slot Lestary TV3 pada 27 Mei 2022 sehingga 15 Julai 2022 menggantikan Do You Love Me Captain. Musim keduanya memulakan tayangan perdananya di Slot Akasia TV3 pada 16 Mac 2023 sehingga 21 April 2023 menggantikan Ku Akad Kau Dengan Bismillah. Ia juga boleh didapati melalui penstriman dalam talian di Disney+ Hotstar. Drama ini kembali ditayangkan di Mediacorp Suria pada tahun 2024.