Anna Jobling
Anna Jobling | |
|---|---|
| Kelahiran | Anna Ellisa Gustin Jobling binti Abdul Rahman 14 Ogos 2000 |
| Pekerjaan | Model, Pelakon, Pengacara |
| Tahun aktif | 2018–kini |
| Terkenal kerana | Melur Untuk Firdaus |
| Ibu | Ariz Arop |
| Bapa | Allahyarham Abdul Rahman Jobling Abdullah |
Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman (Jawi: آنا إليسا جوستين جوبلينج عبد الرحمن جوبلينج; lahir 14 Ogos 2000) merupakan seorang model, pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019, di mana beliau ialah pemenang tempat keempat. Beliau telah membintangi beberapa drama TV seperti Shah Alam 40000 dan Keluarga Baha Don, namun lebih dikenali menerusi lakonannya dalam drama Melur Untuk Firdaus.