Matcha


Matcha
JenisHijau

Nama lain抹茶, "teh giling"
Asaltanah besar China

Penerangan kilatTeh hijau dikisar batu cara Jepun

Matcha (抹茶, disebut [mat.tɕa]) adalah serbuk halus daun teh hijau yang diproses khas; tumbuhan Camellia sinensis ditanam di bawah teduhan menghasilkan lebih banyak teanina dan kafeina. Serbuk matcha dibancuh dengan air panas atau susu panas sebelum diminum. Ia banyak dihasilkan di Jepun.

Jenis teh ini berasal dari China dan disebarkan ke Jepun semasa dinasti Song oleh seorang sami Zen bernama Eisei pada 1214; beliau menulis buku bertajuk Kissa Yōjōki (喫茶養生記) yang menerangkan cara daun-daun teh dipetik pada waktu pagi, dikukus serta-merta dan dipanggang kering selama semalaman. Jenis teh ini dihentikan penghasilannya di China oleh Maharaja Zhu Yuanzhang yang memerintah Dinasti Ming.

Nama serantau
Nama bahasa Cina
Cina抹茶
Nama bahasa Jepun
Kanji抹茶
Kanaまっちゃ
Nama bahasa Korea
Hangul
말차
Hanja
末茶
Perumian Semakanmalcha
McCune–Reischauermalch'a
Nama alternatif bahasa Korea
Hangul
가루차
Perumian Semakangarucha
McCune–Reischauerkaruch'a