Manjalara

Manjalara
Genre
  • Drama
  • Cinta
  • Dendam
  • Keluarga
Pencipta RCTV
Pengarah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanSatu Harapan oleh Jaclyn Victor
Lagu penutupSatu Harapan oleh Jaclyn Victor
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod75
Penerbitan
Tempoh siaran1 jam per episod
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Akasia)
Siaran asal7 Mei 2007 – 12 September 2007
Kronologi
Diikuti olehSpa Q

Manjalara merupakan sebuah drama telenovela di TV3 menerusi slot Akasia setiap hari Isnin hingga Khamis, mulai 7 Mei 2007 sehingga 12 September 2007 yang menyiarkan 75 episod dari jam 6.30 petang selama satu jam dan ditaja oleh syampu Rejoice. Siri ini diadaptasi daripada siri Venezuela Mi Gorda Bella, dengan konsep mengenai seorang gadis gemuk yang bersusah-payah meraih perhatian yang positif gara-gara saiz badannya, namun adanya orang yang menunjukkan rasa prihatin kepadanya. Ketabahannya menempuh segala kepayahan hingga sanggup mengubah dirinya demi cita-cita dan dendam oleh pengalaman yang hitam.