Jue Aziz

Jue Aziz
Kelahiran
Zuliana binti Abdul Aziz

(1983-02-18) 18 Februari 1983
PendidikanDiploma Kesetiausahaan
Pusat pendidikanKolej Stamford
PekerjaanPelakon, model, pengacara
Tahun aktif2000–kini
Pasangan
  • Bayu Daniels (k. 2014; c. 2019)
  • Ridwan Hussein (k. 2024)
Anak-anak1

Zuliana "Jue" Abdul Aziz (lahir 18 Februari 1983) merupakan seorang pelakon, model dan pengacara wanita Malaysia. Beliau mulai dikenali melalui satu program realiti. Jue menyertai program realiti itu secara tidak disengajakan ketika menemani kakak iparnya. Bagaimanapun beliau telah terpilih untuk menyertai program realiti dan seterusnya berjaya menjadi finalis. Jue memiliki pengalaman berlakon teater sebelum menceburkan diri dalam bidang lakonan, berdasarkan dorongan daripada keluarga dan kawan-kawan rapat ketika itu.