Eric Clapton

Eric Clapton

Clapton beraksi pada 2015
Kelahiran
Eric Patrick Clapton

(1945-03-30) 30 Mac 1945
Ripley, Surrey, England
Pekerjaan
  • Pemuzik
  • penyanyi
  • penulis lagu
  • penerbit rakaman
Tahun aktif1962–kini
Pasangan
  • Pattie Boyd (k. 1979; c. 1988)
  • Melia McEnery (k. 2002)
Kerjaya muzik
Genre
Alat muzik
  • Gitar
  • vokal
DiskografiLihat: Eric Clapton discography (en)
Syarikat rakaman
Kegiatan berkaitan
  • The Yardbirds
  • John Mayall & the Bluesbreakers
  • Cream
  • George Harrison
  • Plastic Ono Band
  • Blind Faith
  • Delaney & Bonnie and Friends
  • Derek and the Dominos
  • J. J. Cale
  • B.B. King
Laman web rasmiericclapton.com

Eric Patrick Clapton, CBE (lahir 30 Mac 1945) ialah gitaris, penyanyi, dan penulis lagu rock dan blues Inggeris. Beliau ialah satu-satunya penerima tiga kali untuk Rock and Roll Hall of Fame: sekali sebagai artis solo dan berasingan sebagai ahli Yardbirds dan Cream. Clapton telah dirujuk sebagai salah seorang gitaris yang paling penting dan berpengaruh sepanjang zaman. Clapton menduduki tempat kedua dalam senarai "100 Gitaris Terhebat Sepanjang Zaman" oleh Rolling Stone dan keempat dalam senarai Gibson "50 Gitaris Teratas Sepanjang Zaman". Beliau juga dinamakan nombor lima dalam senarai majalah Time "The 10 Best Guitar Players" pada tahun 2009.

Clapton telah menjadi penerima 18 Anugerah Grammy, dan Anugerah Brit untuk Sumbangan Cemerlang kepada Muzik. Pada tahun 2004, beliau dianugerahkan CBE di Buckingham Palace untuk sumbangannya kepada muzik. Beliau telah menerima empat Anugerah Ivor Novello dari Akademi Penulis Lagu, Komposer dan pengarang British, termasuk Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat. Dalam kerjaya solonya, Clapton telah menjual lebih daripada 100 juta rekod di seluruh dunia, menjadikannya seorang pemuzik paling laris sepanjang zaman. Pada tahun 1998, Clapton, pulih daripada alkohol dan dadah, mengasaskan Crossroads Centre di Antigua, sebuah kemudahan perubatan untuk pemulihan penyalahgunaan.