Mami Jarum

Mami Jarum
PengarahAbdul Razak Mohaideen
PenulisAbdul Razak Mohaideen
Lakon layarAbdul Razak Mohaideen
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
SinematografiIndra Che Muda
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehMIG Pictures
Tarikh tayangan
  • 6 Disember 2002 (2002-12-06) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 4 juta

Mami Jarum merupakan filem komedi Malaysia 2002 terbitan Metrowealth Pictures dan arahan Abdul Razak Mohaideen. Filem ini berkisar seorang perempuan menangani masalah jiwa tanpa memikirkan keburukan diri. Filem ini ditayangkan pada hari pertama Aidilfitri tahun 2002.

Mami Jarum menjalani penggambaran di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Buat pertama kalinya, ia turut menampilkan bakat lakonan Ezad Lazim yang memegang watak posmen. Selain Ezad, Mami Jarum turut mengetengahkan bakat baru, Azizah Ali.

Mami Jarum menggunakan khidmat Indra Che Muda sebagai Pengarah Sinematografi. Hasil kerjanya yang diperakui sebelum ini membolehkan Pemenang anugerah Pengarah Sinematografi Terbaik FFM 1990 (filem `Syakila') ini terus mendapat kepercayaan MMP untuk mengetuai unit teknikal produksi.

Filem keempat MMP ini diharap bukan sekadar mewarnai industr filem tempatan, tetapi terserlah penyampaian mesej-mesej positif kepada masyarakat.

Tagline:Penyampai cerita cepat dari berita!