Vanida Imran

Vanida Imran
ۏانيدا عمران
Kelahiran
Vanidah binti Imran

(1973-02-08) 8 Februari 1973
PendidikanIjazah Sarjana Seni Persembahan (Drama)
Pusat pendidikanUniversiti Malaya (UM)
Pekerjaan
Tahun aktif1991–kini
Pasangan
Anak-anak2

Vanida Imran (lahir Vanidah binti Imran; 8 Februari 1973) ialah seorang pelakon, model dan pengacara wanita Malaysia, terkenal dengan hasil kerjanya di televisyen dan filem. Beliau juga merupakan isteri (kini bekas) kepada pelakon Rashidi Ishak yang dikahwininya sehingga perceraian pada 2018. Pada tahun 2007, beliau dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik di dalam Festival Filem Malaysia ke-20. Beliau pernah menjadi pengacara rancangan Nona bermula 2 Januari 2011 menggantikan Maya Karin.

Vanidah merupakan Naib Juara Miss World Malaysia 1993 dan beliau juga memenangi gelaran Miss Photogenic.