Mahjong
مهجوڠ | Mahjong in Hangzhou.jpg |
| Genre | Permainan minda, |
|---|
| Pemain | 3 or 4 |
|---|
| Masa penyediaan | 1–5 minit |
|---|
| Masa permainan | Bergantung/mengikut peraturan |
|---|
| Peluang rawak | Moderate |
|---|
| Kemahiran yang diperlukan | Taktik, memori, strategi |
|---|
Mahjong atau mah-jongg (Cina Tradisional: 麻將, Cina Ringkas: 麻将, pinyin: Májiàng; Kantonis: Màhjeung;) merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China. Juga dikenali sebagai Bahasa Cina: 麻雀; pinyin: Máquè; Kantonis: Màhjeuk; Jepun: Mājan.
Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian juga sebagai permainan komputer.
Objek permainan adalah membina set lengkap - atau gabungan - biasanya bertiga, dari sama ada 13 atau 16 keping. Orang pertama mendapatkannya adalah dikira pemenang. Kepingan yang memberi kemenangan melengkapkan set pemain sama ada 14 atau 17 keping.