Papadom

Papadom
Poster keluaran tayangan
PengarahAfdlin Shauki
PenulisAfdlin Shauki
Lakon layarAfdlin Shauki
Cerita olehAfdlin Shauki
Dihasilkan olehGayatri Su-Lin Pillai (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiHelmi Yusof
Disunting olehMindy Wong
Muzik olehPacai
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
8 Oktober 2009 (Malaysia)
Masa tayangan
115 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.44 juta
Pecah panggungRM 3.40 juta

Papadom merupakan sebuah filem komedi drama keluarga Malaysia tahun 2009 arahan Afdlin Shauki yang turut berkhidmat sebagai penulis skrip dan cerita asal. Filem ini diinspirasikan dari filem College Road Trip (2008) terbitan Walt Disney. Ia dibintangi oleh Afdlin sebagai Saadom, seorang peniaga nasi kandar yang terlalu kuat bekerja sehingga berjaya mengejar impian hidupnya, namun dia gagal dalam tanggungjawabnya sebagai suami kepada Munira dan bapa kepada Miasara. Situasi ini berubah apabila Saadom kehilangan isteri kesayangannya yang maut dalam satu kemalangan ketika ingin melihat anaknya menerima anugerah di sekolah selepas suaminya memberikan alasan sibuk. Liyana Jasmay melakonkan watak sebagai Miasara, anak perempuan Saadom dan Noorkhiriah sebagai Munirah, isteri Saadom.

Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 8 Oktober 2009 oleh Tayangan Unggul. Ia menerima ulasan positif daripada pengkritik filem dan menjadi kejayaan komersial apabila ia meraih kutipan pecah panggung RM3.40 juta melepasi kos belanjawan RM1.44 juta. Ia meraih lima anugerah di Festival Filem Malaysia ke-22 termasuk Filem Terbaik, walaupun belum ditayangkan kepada umum ketika temasya berlangsung pada 5 hingga 8 Ogos. Kesinambungannya, Papadom 2 ditayangkan pada 14 Disember 2013.