Lingkungan kebudayaan Asia Timur

Alam Cina
Nama Bahasa Cina
Tulisan Cina Tradisional
  • 東亞文化圈
  • 漢字文化圈
Tulisan Cina Ringkas
  • 东亚文化圈
  • 汉字文化圈
Maksud harfiah
  • Lingkungan kebudayaan Asia Timur
  • Lingkungan kebudayaan aksara Cina
Vietnamese name
Vietnamese alphabet
  • Vùng văn hóa Á Đông
  • Vùng văn hóa Đông Á
  • Vùng văn hóa chữ Hán
Chữ Nôm
  • 塳文化亞東
  • 塳文化東亞
  • 塳文化𡨸漢
Korean name
Hangul
  • 동아문화권
  • 한자문화권
Hanja
  • 東亞文化圈
  • 漢字文化圈
Nama Jepun
Kanji
  • 東亜文化圏
  • 漢字文化圏

Alam Cina atau lingkungan kebudayaan Cina (bahasa Inggeris: Sinosphere), juga dikenali sebagai lingkungan kebudayaan Asia Timur (Chinese cultural sphere) atau dunia Sinik (Sinic world) merujuk kepada pengelompokan merangkumi beberapa negara dan kawasan di Asia Timur dan Asia Tenggara yang banyak dipengaruhi oleh amalan budaya masyarakat Cina menduduki tanah besar Cina sepanjang sejarah zaman berzaman. Lingkungan ini merangkumi Tanah Besar China, Jepun, Korea, dan Vietnam. Takrif lain turut memasukkan wilayah Mongolia dan Singapura, sama ada kerana pengaruh sejarah Cina atau populasi Cina seberang laut masa kini. Lingkungan kebudayaan Cina berbeza daripada dunia Sinofon yang merujuk kepada kawasan di mana bahasa Cina dituturkan.

Tanah besar Cina sepanjang sejarahnya dari 221 SM hingga 1912 Masihi diperintah kerajaan-kerajaan besar yang menjadi suatu adikuasa menjangkau pengaruh serata timur benua Asia termasuk kerajaan-kerajaan jiran yakni Jepun, Korea dan Vietnam - baik secara langsung sebagai penghantar ufti ataupun sebaliknya. Perkara ini mencetuskan pertukaran ilmu dari segi fahaman ajaran kepercayaan (Kongzi, Buddha, dan Tao), teknologi ciptaan, pemerintahan, pemakanan (termasuk penggunaan penyepit) serta seni sastera. Bahasa Cina Klasik dijadikan bahasa perantara sesama pegawai kerajaan-kerajaan ini sehinggakan tulisannya digunapakai untuk penulisan dan perbendeharaan kata bahasa-bahasa setempat (yakni menjadi kanji dan kana bahasa Jepun, hanja untuk bahasa Korea, dan chữ Hán untuk bahasa Vietnam).

Pada sejarah klasik lewat, kepentingan kesusasteraan Cina Klasik berkurang apabila Jepun, Korea, dan Vietnam membangunkan sistem tulisan sendiri: Jepun mencipta katakana dan hiragana, Korea mencipta hangul, dan Vietnam membangunkan chữ Nôm (kini jarang digunakan, diganti dengan abjad Vietnam berasaskan Latin). Kesusasteraan klasik dalam aksara Cina kekal sebagai warisan penting budaya Jepun, Korea, dan Vietnam. Pada abad ke-21, pengaruh ideologi dan budaya Taoisme, Konfusianisme, dan Buddhisme masih ketara dalam budaya tinggi dan doktrin sosial.