Liga Perdana Inggeris 2014–15
| Musim | 2014–15 |
|---|---|
| Juara | Chelsea kejuaraan Liga Perdana ke-4 Kejuaraan Inggeris ke-5 |
| Disingkirkan | Hull City Burnley Queens Park Rangers |
| Liga Juara-Juara | Chelsea Manchester City Arsenal Manchester United |
| Liga Europa | Tottenham Hotspur Liverpool Southampton West Ham United |
| Jumlah perlawanan | 380 |
| Jumlah gol | 975 (2.57 per perlawanan) |
| Penjaring gol terbanyak | Sergio Agüero (26 gol) |
| Kemenangan terbesar tuan rumah | Southampton 8–0 Sunderland (18 Oktober 2014) |
| Kemenangan terbesar pelawat | Swansea City 0–5 Chelsea (17 Januari 2015) |
| Gol tertinggi | Everton 3–6 Chelsea (30 Ogos 2014) |
| Menang berturut-turut paling lama | 8 perlawanan Arsenal |
| Tanpa kalah paling lama | 16 perlawanan Chelsea |
| Tanpa menang berturut-turut paling lama | 13 perlawanan Leicester City |
| Kalah berturut-turut paling lama | 8 perlawanan Newcastle United |
| Kehadiran | 13,746,753 |
| Kehadiran tertinggi | 75,454 Manchester United 0–1 West Bromwich Albion (2 Mei 2015) |
| Kehadiran terendah | 16,163 Queens Park Rangers 2–2 Stoke City (20 September 2014) |
| Purata kehadiran | 36,175 |
← 2013–14 2015–16 →
Semua statistik tepat pada 30 Mei 2015. | |
Liga Perdana Inggeris 2014–15 merupakan musim ke-23 Liga Perdana Inggeris (juga dikenali sebagai Liga Perdana Barclays atas sebab tajaan), peringkat tertinggi liga bola sepak profesional Inggeris, sejak penubuhannya pada tahun 1992. Jadual perlawanan diumumkan pada 18 Jun 2014. Musim ini bermula pada 16 Ogos 2014 dan akan berakhir pada 24 Mei 2015.
Manchester City memulakan kempen sebagai juara bertahan musim 2013–14. Leicester City, Burnley dan Queens Park Rangers merupakan tiga pasukan yang dinaikkan ke Liga Perdana Inggeris.