Liga Perdana Inggeris 2015–16
| Musim | 2015-16 |
|---|---|
| Juara | Leicester City Kejuaraan Liga Perdana pertama Kejuaraan Inggeris pertama |
| Disingkirkan | Aston Villa Newcastle United Norwich City |
| Liga Juara-Juara | Arsenal Leicester City Manchester City Tottenham Hotspur |
| Liga Europa | Manchester United Southampton |
| Jumlah perlawanan | 380 |
| Jumlah gol | 1026 (2.7 per perlawanan) |
| Penjaring gol terbanyak | Harry Kane (25 gol) |
| Kemenangan terbesar tuan rumah | Manchester City 6–1 Newcastle United (3 Oktober 2015) |
| Kemenangan terbesar pelawat | Aston Villa 0–6 Liverpool (14 Februari 2016) |
| Gol tertinggi | Norwich City 4–5 Liverpool (23 Januari 2016) |
| Menang berturut-turut paling lama | 6 perlawanan Tottenham Hotspur |
| Tanpa kalah paling lama | 15 perlawanan Chelsea |
| Tanpa menang berturut-turut paling lama | 19 perlawanan Aston Villa |
| Kalah berturut-turut paling lama | 11 perlawanan Aston Villa |
| Kehadiran | 13,851,698 |
| Kehadiran tertinggi | 75,415 Manchester United 2–1 Swansea City (2 Januari 2016) |
| Kehadiran terendah | 10,863 AFC Bournemouth 1–3 Stoke City (13 Februari 2016) |
| Purata kehadiran | 36,451 |
← 2014–15 2016–17 → | |
Liga Perdana Inggeris 2015–16 merupakan musim ke-24 Liga Perdana Inggeris, peringkat tertinggi liga bola sepak Inggeris sejak penubuhannya pada tahun 1992. Jadual perlawanan diumumkan pada 17 Jun 2015. Musim ini bermula pada 8 Ogos 2015 dan dijadual akan selesai pada 15 Mei 2016. Walau bagaimanapun, perlawanan Manchester United menentang Bournemouth ditangguhkan sehingga 17 Mei 2016 ketika hari terakhir perlawanan kerana sebuah pakej mencurigakan di stadium.
Chelsea memulakan liga sebagai juara bertahan musim 2014–15. AFC Bournemouth, Watford dan Norwich City masuk sebagai tiga pasukan yang dinaikkan dari Football League Championship 2014–15.
Selepas hampir diturunkan liga pada musim sebelumnya, Leicester City muncul juara liga buat pertama kali dalam sejarah 132 tahun mereka, menjadi kelab ke-24 untuk menjadi juara bola sepak Inggeris dan kelab keenam untuk memenangi Liga Perdana.