Liga Perdana Inggeris 2013–14

Liga Perdana Inggeris
Musim2013–14
JuaraManchester City
Gelaran ke-2
ke-4 Gelaran Inggeris
DisingkirkanCardiff City
Fulham
Norwich City
Liga Juara-JuaraManchester City
Liverpool
Chelsea
Arsenal
Liga EuropaEverton
Tottenham Hotspur
Hull City
Jumlah perlawanan380
Jumlah gol1052 (2.77 per perlawanan)
Penjaring gol terbanyakLuis Suárez (31 goal)
Kemenangan terbesar tuan rumahManchester City 7–0 Norwich City
(2 November 2013)
Kemenangan terbesar pelawatTottenham Hotspur 0–5 Liverpool
(15 Disember 2013)
Gol tertinggiManchester City 6–3 Arsenal
(14 Disember 2013)
Cardiff City 3–6 Liverpool
(22 Mac 2014)
Menang berturut-turut paling lama11 perlawanan
Liverpool
Tanpa kalah paling lama16 perlawanan
Liverpool
Tanpa menang berturut-turut paling lama9 perlawanan
Fulham
Sunderland
West Bromwich Albion
Kalah berturut-turut paling lama7 perlawanan
Crystal Palace
Kehadiran13,929,810
Kehadiran tertinggi75,368
Manchester United 4–1 Aston Villa
(29 March 2014)
Kehadiran terendah19,242
Swansea City 3–3 Stoke City
(10 November 2013)
Purata kehadiran36,657
Semua statistik tepat pada 11 May 2014.

Liga Perdana Inggeris musim 2013–14 (atau juga Barclays Premier League bagi alasan penaja) adalah musim ke-22 sejak ditubuhkan pada tahun 1992. Jadual pertandingan musim ini dikeluarkan pada 19 Jun 2013. Musim ini bermula pada 17 Ogos 2013 dan berakhir pada 11 Mei 2014.

Teknologi garisan gol telah digunakan untuk pertama kalinya pada Liga Perdana Inggeris musim ini setelah Persatuan Bola Sepak England mengumumkan, dalam tempoh enam minggu, Hawk-Eye akan dipasang pada 20 stadium yang menyertai Liga Perdana musim ini.

Manchester United merupakan juara bertahan setelah digelar juara liga kali ke-20 mereka pada musim 2012–13. Musim ini akan menampilkan 17 pasukan dari musim lalu dan 3 pasukan promosi dari Liga Championship 2012–13: Cardiff City, Hull City, dan Crystal Palace yang menggantikan 3 pasukan yang tersingkir iaitu Wigan Athletic, Reading, dan Queens Park Rangers.