Sergio Agüero

Sergio Agüero
Agüero bersama Argentina di Piala Dunia 2018
Maklumat peribadi
Nama penuh Sergio Leonel Agüero
Tarikh lahir (1988-06-02) 2 Jun 1988
Tempat lahir Buenos Aires, Argentina
Ketinggian 1.72 m (5 ka 8 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Barcelona
Nombor 19
Kerjaya remaja
1997–2003 Independiente
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2003–2006 Independiente 54 (23)
2006–2011 Atlético Madrid 175 (74)
2011–2021 Manchester City 275 (184)
2021 Barcelona 4 (1)
Pasukan kebangsaan
2004 Argentina B17 5 (3)
2005–2007 Argentina B20 7 (6)
2008 Olimpik Argentina 5 (2)
2006–2021 Argentina 101 (41)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 16:57, 23 Mei 2021 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:59, 3 Julai 2021 (UTC)

Sergio Leonel "Kun" Agüero (lahir 2 Jun 1988) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Argentina yang telah bersara. Dia bermain sebagai penyerang untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City dan pasukan kebangsaan Argentina.

Pada tahun 2006, Agüero merantau ke Eropah untuk bermain bersama pasukan La Liga, Atlético Madrid dengan yuran perpindahan sebanyak €23 juta dari Independiente. Dia menarik perhatian kelab-kelab terkemuka Eropah dengan menjaringkan 101 gol dalam 234 penampilan serta memenangi Liga Europa UEFA dan Piala Super UEFA pada tahun 2010. Agüero berpindah ke pasukan Liga Perdana Manchester City semasa bulan Julai 2011 dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan walaupun dikatakan dalam jumlah £35 juta. Pada hari terakhir musim pertamanya bersama kelab itu, Agüero menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 94 ketika menentang Queen's Park Rangers membolehkan Manchester City memenangi kejuaraan liga pertama mereka dalam tempoh 44 tahun. Ketika tahun 2012, dia memenangi pemain terbaik tahunan Manchester City setelah diundi oleh peminat.

Di peringkat antarabangsa, Agüero mewakili Pasukan bola sepak kebangsaan Argentina bawah 20 tahun ketika Piala Dunia B-20 FIFA edisi 2005 dan 2007 di mana dia memenangi kedua-dua pertandingan. Agüero bermain di Sukan Olimpik Beijing 2008. Dia menjaringkan dua gol ketika kemenangan 3-0 ke atas Brazil di pusingan separuh akhir dimana Argentina berjaya meraih pingat emas. Agüero dipilih untuk mewakili Argentina di Piala Dunia FIFA 2010, Copa América 2011, Piala Dunia FIFA 2014, Copa América 2015 dan Copa América Centenario.