Liga Juara-Juara UEFA 2023–24
Stadium Wembley di London akan menjadi tuan rumah perlawanan akhir | |
| Perincian kejohanan | |
|---|---|
| Tarikh | Kelayakan: 27 Jun – Ogos 2023 Persaingan: 19 September 2023 – 1 Jun 2024 |
| Pasukan | Persaingan: 32 Jumlah: 78 (dari 53 persatuan) |
| Kedudukan Akhir | |
| Juara | Real Madrid (Kejuaraan Ke-15) |
| Naib Juara | Borussia Dortmund |
| Statistik kejohanan | |
| Jumlah perlawanan | 125 |
| Jaringan gol | 375 (3 per perlawanan) |
| Kehadiran | 6,511,191 (52,090 per perlawanan) |
| Penjaring terbanyak | Harry Kane (Bayern Munich) Kylian Mbappé (Paris Saint-Germain) 8 gol |
| Pemain terbaik | Vinícius Júnior (Real Madrid) |
| Permain muda terbaik | Jude Bellingham (Real Madrid) |
← 2022–23 2024–25 → | |
Liga Juara-Juara UEFA 2023–24 merupakan musim ke-69 kejohanan bola sepak kelab utama Eropah yang dianjurkan oleh UEFA, dan musim ke-32 sejak ia dinamakan semula daripada Piala Kelab Juara Eropah kepada Liga Juara-Juara UEFA .
Real Madrid mengalahkan Borussia Dortmund dengan jaringan 2–0 di Stadium Wembley di London, England. Ini menjadikan Real Madrid merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara kali ke-15. Sebagai pemenang, Real Madrid layak secara automatik ke fasa Liga Juara-Juara UEFA 2024–25 dan mendapat hak untuk bermain menentang Atalanta, pemenang Liga Europa UEFA 2023–24 dalam Piala Super UEFA 2024. Mereka juga akan layak ke final Piala Antara Benua FIFA 2024 yang serba baharu dan Piala Dunia Kelab FIFA 2025 yang diperluaskan di Amerika Syarikat.
Ini adalah musim terakhir dengan format semasa 32 pasukan yang mengambil bahagian dalam peringkat kumpulan, berikutan pengumuman UEFA tentang format baru yang diperluaskan yang akan diperkenalkan untuk edisi berikut .
Manchester City adalah juara bertahan, tetapi mereka disingkirkan oleh Real Madrid pada suku akhir .