Leong Yu Man

Leong Yu Man
梁耀雯
Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang
(Perpaduan, Pelancongan & Kebudayaan :
sejak 14 Disember 2022)
Menyandang jawatan
2 Disember 2022
RajaSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Menteri BesarWan Rosdy Wan Ismail
Didahului olehShahaniza Shamsuddin
(Perpaduan & Budaya)
Mohd Sharkar Shamsudin
(Pelancongan)
Kawasan pilihan rayaTriang
Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang
bagi Triang
Menyandang jawatan
5 Mei 2013
Didahului olehLeong Ngah Ngah
(PRDAP)
Majoriti5,009 (2013)
6,454 (2018)
6,219 (2023)
Maklumat peribadi
Lahir
Leong Yu Man

(1985-06-22) 22 Jun 1985
Triang, Pahang, Malaysia
Kewarganegaraan Malaysia
Parti politikParti Tindakan Demokratik (DAP)
Gabungan politik
lain
Pakatan Rakyat (PR)
(2008–2015)
Pakatan Harapan (PH)
(sejak 2015)
Ibu bapaLeong Ngah Ngah (bapa)
PendidikanSekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Triang 1
(1992–1997)
Sekolah Menengah Kebangsaan Triang
(1998–2002)
Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh
(2003–2004)
Tempat belajarUniversiti Putra Malaysia (Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pemakanan dan kesihatan komuniti)
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanAhli pemakanan
(2009–2013)
Leong Yu Man
Nama Bahasa Cina
Tulisan Cina Tradisional梁耀雯
Tulisan Cina Ringkas梁耀雯

Leong Yu Man (Cina ringkas: 梁耀雯Cina tradisional: 梁耀雯pinyin: Liáng Yàowén; lahir 22 Jun 1985) merupakan seorang ahli politik dan bekas ahli pemakanan Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (EXCO) dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail sejak Disember 2022 serta Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (ADUN) bagi kawasan Triang sejak Mei 2013. Beliau merupakan ahli, Setiausaha Pengelola Negeri Pahang dan Ketua Wanita Bahagian Bera bagi Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) dan sebelum ini Pakatan Rakyat (PR). Beliau ialah EXCO wanita tunggal, ahli termuda dan satu-satunya wakil DAP dalam EXCO Pahang serta salah seorang daripada hanya dua EXCO PH dan berbangsa Cina dalam kerajaan negeri Pahang bersama ADUN Teruntum Sim Chon Siang. Beliau juga merupakan anak kepada Pengerusi DAP Negeri Pahang dan bekas ADUN Triang, Leong Ngah Ngah. Beliau mencipta sejarah sebagai wanita Cina pertama dan wakil DAP pertama yang dilantik sebagai Ahli EXCO Negeri Pahang.