Lelakimu Yang Dulu

Lelakimu Yang Dulu
GenreDrama
Cinta
Konflik
Keluarga
Berdasarkan daripada
Lelakimu Yang Dulu
karya Farah Darianna
PenciptaFarah Darianna
Ditulis olehPGRS Team
Chinta Nadeesha
Rozie Rashid
Amka Ahmad
PengarahEoon Shuhaini
Dibintangi oleh
Sharnaaz Ahmad
Nelydia Senrose
Redza Rosli
Nadia Brian
Lagu pembukaan"Takdir Tercipta" oleh Hafiz Suip dan Adira
Lagu penutup"Takdir Tercipta" oleh Hafiz Suip dan Adira
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Mache All Star United
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal19 September 2019 – 28 Oktober 2019
Kronologi
MengikutiKau Yang Pertama
Diikuti olehSetelah Ku Dimiliki

Lelakimu Yang Dulu merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019, adaptasi dari novel 2018 dengan tajuk yang sama nukilan Farah Darianna. Drama ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini, dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose sebagai teraju utama. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 bermula 19 September 2019 menggantikan Kau Yang Pertama.

Ini merupakan projek televisyen pertama lakonan bersama Nelydia dan Sharnaaz dalam tempoh lima tahun sejak Setitis Kasih Darmia (2014). Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.