Redza Rosli

Redza Rosli
رضزا روسلي
Redza pada 2017.
Kelahiran
Ahmad Redza bin Rosli

(1992-03-18) 18 Mac 1992
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2009–2010, 2013–kini
Ketinggian1.81 m (5 ka 11 in)
PasanganBella Hanna (k. 2024)

Ahmad Redza Rosli (Jawi: أحمد رضزا روسلي; lahir 18 Mac 1992) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau telah berlakon dalam sejumlah drama TV, antaranya seperti M.A.I.D. (2015), Ku Kirim Cinta (2017), Isteri Untuk Diiktiraf (2018), Lelakimu Yang Dulu (2019), Kekasih Hati Mr Bodyguard (2021), Bisik-Bisik Gelora (2022) dan Luruhnya Bunga Cinta (2023). Menerusi drama Kekasih Hati Mr Bodyguard lakonannya, Redza telah memenangi kategori Pelakon Lelaki Popular di Tonton Anugerah Drama Sangat 2023.