Lee Jae-yong
Lee Jae-yong | |
|---|---|
Lee pada 2016 | |
| Kelahiran | 이재용 23 Jun 1968 |
| Pusat pendidikan | Universiti Kebangsaan Seoul Universiti Keio Sekolah Perniagaan Harvard |
| Pekerjaan | Naib Pengerusi Samsung |
| Nilai bersih | US$6.7 bilion (Oktober 2018) |
| Pasangan | 임세령 (Lim Se-ryeong) (1997–2009; bercerai) |
| Anak-anak | Lee Ji-ho (이지호, 2000) Lee Won-ju (이원주, 2004) |
| Ibu bapa | Lee Kun-hee Hong Ra-hee |
| Nama Korea | |
| Hangul | |
| Hanja | |
| Perumian Semakan | I Jaeyong |
| McCune–Reischauer | Yi Chaeyong |
Lee Jae-yong (이재용; lahir 23 Jun 1968), juga dikenali di Barat sebagai Jay Y. Lee, merupakan tokoh perniagaan Korea Selatan dan Naib Pengerusi Kumpulan Samsung, berkhidmat sebagai ketua de facto. Beliau merupakan anak sulung dan satu-satunya anak lelaki Hong Ra-hee dan Lee Kun-hee, Pengerusi Samsung, dan dianggap secara meluas sebagai bakal pengganti bapanya. Beliau dirujuk sebagai "Putera Mahkota Samsung" oleh media Korea Selatan, dan bertutur bahasa Korea, Inggeris dan Jepun. Lee dianggarkan bernilai AS$7.9 bilion, menjadikan beliau sebagai orang terkaya ketiga di Korea Selatan.
Pada tahun 2014, Lee dinamakan orang paling berkuasa ke-35 dan orang Korea paling berkuasa oleh Forbes Magazine's List of The World's Most Powerful People bersama-sama bapanya.