Universiti Keio

Universiti Keio
慶應義塾大学
Universiti Keio, Perpustakaan Lama, Kampus Mita
MotoCalamvs gladio fortior
(Latin: Pena lebih tajam daripada pedang)
JenisSwasta
Ditubuhkan pada1858
CanselorProf. Atsushi Seike
Staf akademik
731 profesor, 347 profesor bersekutu, 2.414 pembantu profesor
Staf pentadbiran
2.662
Pelajar32.275 (data Julai 2006)
Siswazah27.984
Ijazah/Sarjana4.291
Kedoktoran
3.708
Lokasi, ,
Warnabiru dan merah          
PenggabunganASAIHL
Laman sesawangwww.keio.ac.jp

Universiti Keio (慶應義塾大学 Keiō Gijuku Daigaku) ialah universiti tertua di Jepun. Universiti ini ditubuhkan pada 1858 oleh Fukuzawa Yukichi sebagai sekolah pengajian Barat di Edo (kini Tokyo), dan menubuhkan tiga fakulti pertamanya pada 1890. Universiti Keio memiliki 10 fakulti, dan 14 program pascasarjana. Pasukan besbol Keio bermain di Liga Besbol Tokyo Big6.

Alumni terkenal Keio di antaranya tiga belas Perdana Menteri Jepun: Junichiro Koizumi (2001-2006), Ryutaro Hashimoto (1996–1998), dan Inukai Tsuyoshi. Di sektor swasta, 230 alumni Keio memegang jawatan Ketua pegawai eksekutif (KPE) di syarikat besar, dan 97 alumni Keio menjadi KPE di syarikat asing di Jepun.

Keio dipandang sebagai universiti swasta paling berprestij di Jepun. Universiti ini berada di peringkat nombor 4 di dunia dalam senarai yang disusun oleh École des Mines de Paris.

Universiti Keio juga mempunyai sekolah tinggi di New York, Amerika Syarikat bernama Keio Academy of New York.