Lawrence of Arabia (filem)
| Lawrence of Arabia | |
|---|---|
Poster tayangan pawagam | |
| Pengarah | David Lean |
| Lakon layar |
|
| Dihasilkan oleh | Sam Spiege |
| Dibintangi |
|
| Sinematografi | F.A. Young |
| Disunting oleh | Anne V. Coates |
| Muzik oleh | Maurice Jarre |
Syarikat penerbitan | Horizon Pictures |
| Diedarkan oleh | Columbia Pictures |
Tarikh tayangan | 10 Disember 1962 |
Masa tayangan | 227 minit |
| Negara | |
| Bahasa | bahasa Inggeris |
| Bajet | $15 juta |
| Pecah panggung | $70 juta |
Lawrence of Arabia merupakan sebuah filem biografi perang produksi bersama United Kingdom dan Amerika Syarikat tahun 1962 arahan David Lean serta dibintangi Peter O'Toole dan Alec Guinness. Ia mengisahkan keterlibatan Thomas E. Lawrence, seorang panglima tentera British berperang dalam Pemberontakan Arab menentang Empayar Uthmaniyah di Vilayet Hejaz dan Syam semasa Perang Dunia Pertama.
Filem ini dicalonkan sebanyak 10 kali dalam acara Anugerah Akademi ke-35 tahun 1963 dan berjaya memenangi tujuh kategori ini termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik. Ia turut di menenangi Anugerah Golden Globe untuk Filem Terbaik – Drama serta Anugerah BAFTA untuk Filem Terbaik. Ia turut menjadi antara filem terunggul dan paling berpengaruh sepanjang zaman sejarah perfileman itu sendiri.