Omar Sharif

Omar Sharif
عمر الشريف
Sharif tahun 2015
Kelahiran
Michel Dimitri Chalhoub
ميشيل ديمتري شلهوب

(1932-04-10)10 April 1932
Meninggal dunia10 Julai 2015(2015-07-10) (umur 83)
Tempat ditanamTanah Perkuburan El-Sayeda Nafisa
WarganegaraMesir
Nama lainOmar el-Sherief, Omar Cherif
PendidikanVictoria College, Alexandria
Pusat pendidikanUniversiti Kaherah
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1954–2015
PasanganFaten Hamama (k. 1955; c. 1974)
Anak-anak1 orang
SaudaraOmar Sharif Jr.
(grandson)
Anugerah

Omar Sharif (Arab: عمر الشريف, turut dieja Omar el-Sherief dan Omar Cherif, nama lahir: Michel Dimitri Chalhoub/Arab: ميشيل ديمتري شلهوب10 April 1932  – 10 Julai 2015) adalah seorang pelakon filem dan televisyen Mesir. Beliau memulakan kerjayanya di negara asalnya pada tahun 1950-an, tetapi namun mula masyur di peringkat antarabangsa melalui penampilannya dalam produksi-produksi British dan Amerika Syarikat termasuk Lawrence of Arabia (1962), Doktor Zhivago (1965), dan Funny Girl (1968).

Beliau dicalonkan untuk Anugerah Akademi untuk Pelakon Pembantu Terbaik untuk Lawrence of Arabia, sambil itu beliau ada juga memenangi tiga Anugerah Golden Globe dan Anugerah César.