T. E. Lawrence

T. E. Lawrence
Lawrence in 1918
Nama lahirThomas Edward Lawrence
Nama lainT. E. Shaw, John Hume Ross
Nama samaranLawrence of Arabia ("Lawrence si Arab")
Kelahiran(1888-08-16)16 Ogos 1888
Tremadog, Carnarvonshire, Wales
Meninggal dunia19 Mei 1935(1935-05-19) (umur 46)
Bovington Camp, Dorset, England
DisemadikanSt Nicholas, Moreton, Dorset
KesetiaanUnited Kingdom
Kerajaan Hijaz
PerkhidmatanTentera Darat British
Tentera Udara Diraja British
Tahun perkhidmatan1914–1918
1923–1935
PangkatColonel (British Army)
Aircraftman (RAF)
PertempuranPerang Dunia Pertama
  • Pemberontakan Arab
  • Serbuan Madinah
  • Pertempuran Aqaba
  • Pengepungan Damsyik
  • Battle of Megiddo
AnugerahCompanion of the Order of the Bath
Distinguished Service Order
Knight of the Legion of Honour (France)
Croix de guerre (France)

Kolonel Thomas Edward Lawrence CB DSO (16 Ogos 1888 – 19 Mei 1935) merupakan seorang pakar arkeologi, pegawai tentera dan diplomat serta penulis British.

Beliau terlibat dalam Pemberontakan Arab menentang Empayar Uthmaniyah dari 1916 hingga 1918 semasa Perang Dunia Pertama, terutamanya dalam pengepungan kota-kota utama di rantau Timur Tengah seperti Damsyik dengan kerjasama pihak Faisal al-Hasyimi serta sebagai sekutu utama Kerajaan Hijaz. Keterlibatan ini diabadikan dalam biografi penuh mengenai hal ini dikarang beliau iaitu Seven Pillars of Wisdom yang mendapat perhatian ramai serta memberi gelaran masyhur kemudian sebagai "Lawrence si Arab" (bahasa Inggeris: Lawrence of Arabia, Arab: لورنس العرب, rumi: Lawrence al-`Arab).

Pihak Perancis yang menjajah Syria mengkambinghitamkan beliau sebagai suatu musuh hakiki mereka kerana menggalakkan rasa kesumat warga Syria yang sudah bersedia melawan mereka sepanjang tahun 1920.