Lateks
Lateks atau getah ialah sejenis bahan diperbuat daripada emulsi stabil yang terdiri daripada mikrozarah polimer dalam larutan berair.
Bahan ini boleh diperolehi secara semulajadi daripada gumpalan kering cecair getah yang dihasilkan 10% daripada semua spesies tumbuhan berbunga dan beberapa jenis cendawan (terutamanya spesies Lactarius). Getah daripada pokok-pokok dan kulat-kulat ini merupakan emulsi kompleks yang terdiri daripada protein, alkaloid, pati, gula, minyak, tanin dan resin yang dirembeskan selepas tisu tumbuhan dirosakkan sebagai pertahanan daripada herbivor dan fungivor. yang mahu memakannya. Gumpalan-gumpalan getah tersebut berwarna putih seperti susu, tetapi ada yang mempunyai getah kuning, jingga, atau merah.
Bahan lateks buatan dihasilkan dengan menggabungkan monomer seperti stirena yang telah dicampurkan dalam emulsi dengan surfaktan yang menjadi polimer.