Pempolimeran
Pempolimeran atau polimerisasi ialah proses tindak balas kimia di mana molekul-molekul monomer bergabung dalam suatu tindak balas kimia membentuk rantaian polimer atau rangkaian tiga dimensi. Terdapat banyak jenis pempolimeran dengan sistem-sistem berbeza yang wujud untuk mengelaskannya.