Getah
Getah (sap) ialah apa-apa jenis cecair yang dihasilkan daripada batang dan buah pokok apa-apa spesies tumbuhan; batang tersebut mempunyai sel-sel xilem (unsur-unsur vesel atau trakeid) atau unsur-unsur tabung ayunan floem yang mengangkut air dan nutrien ke seluruh bahagian tumbuhan tersebut. Ia tidak sama dengan resin yang dihasilkan secara berasingan, dan mempunyai komponen dan fungsi yang berlainan.
Perkataan getah dalam bahasa Melayu juga dipakai kepada bahan yang dihasilkan daripada kepingan atau gumpalan getah rembesan batang spesies tumbuhan tertentu (latex) untuk banyak industri; terutamanya pokok spesies Hevea brasiliensis.