Laluan Persekutuan Malaysia 1 (Sabah)
| Lebuhraya Pan Borneo Sabah | |
| Maklumat laluan | |
| Panjang | 428.0 km (265.9 mi) |
| Simpang utama | |
| Hujung timur-laut | Kudat |
| LP 22 Laluan Persekutuan 22 LP 500 Laluan Persekutuan 500 Jalan Papar Spur LP 501 Jalan Penampang Lebuhraya Kimanis-Keningau LP 502 Laluan Persekutuan 502 SA3 Jalan Tenom-Sipitang | |
| Hujung barat-daya | Sindumin-Merapok (sambungan pada LP 1 Laluan Persekutuan Malaysia 1 (Sarawak)) |
| Lokasi | |
| Destinasi utama | Kota Belud Tamparuli Kota Kinabalu Papar Kimanis Beaufort Sipitang |
| Sistem lebuh raya | |
| AH150 | |
| Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri | |
Laluan Persekutuan 1 bagi bahagian Sabah LP 1, Laluan Lebuh Raya Asia AH150 ialah sebuah laluan persekutuan dengan sepanjang 428 km di Sabah, Malaysia, lebuh raya tersebut juga dikenali sebagai Lebuhraya Pan Borneo Sabah, menjadikan lebuh raya itu sebagai komponen agak panjang di Malaysia. ialah sebuah lebuh raya persekutuan yang juga merupakan komponen rangkaian Lebuhraya Pan Borneo yang lebih besar. Laluan ini telah dibina pada tahun 1996 semasa penggabungan dua laluan bekas A1 (laluan utara, dari Kota Kinabalu ke Kudat) dan A2 (laluan selatan, dari Kota Kinabalu ke Sindumin berhampiran sempadan Sabah-Sarawak). Penggabungan bekas laluan membentuk laluan alternatif Lebuhraya 1 di dalam bandar Kota Kinabalu. Walau bagaimanapun, kebanyakan peta masih menggunakan laluan skim penomboran lebih lama dengan merujuk kepada bahagian utara seperti A1 dan bahagian selatan sebagai A2.
Secara umumnya, lebuh raya merentasi sepanjang pantai barat Sabah. Lebuh raya ini berterusan sebagai Laluan Persekutuan 1 (Sarawak) di sempadan Sabah-Sarawak.
salah satu ciri menarik mengenai lebuh raya persekutuan ini adalah pemandu merentasi sempadan Sabah-Sarawak melalui Laluan Persekutuan LP 1 mesti melalui kastam dan pusat pemeriksaan imigresen di Sindumin, walaupun kedua-dua negara jirannya adalah sebahagian daripada persekutuan Malaysia.