Tamparuli

Tamparuli
Transkripsi lain
 • Jawiتمڤارولي
 • Cina担波罗里
Pekan Tamparuli
Etimologi: Jambatan gantung sementara (Temporary)
Lokasi daerah Tuaran merangkumi pekan Tamparuli dan daerah kecil Tamparuli
Tamparuli
Koordinat: 6°8′N 116°16′E / 6.133°N 116.267°E / 6.133; 116.267
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPantai Barat
DaerahTuaran
Pentadbiran
 • BadanPejabat Daerah Kecil Tamparuli dan Majlis Daerah Tuaran
 • Ketua Masyarakat Tempatan (Ketua Daerah)Jular Harung
 • Penolong Pegawai DaerahHannevy W Harry
 • DUNYang Berhormat Datuk Jahid Jahim (GBS-PBS) (Tamparuli)
Keluasan
 • Jumlah499 km2 (192.665 batu persegi)
Aras
19 m (62 ft)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah40,502
 Populasi di sekitar Tamparuli sahaja tidak termasuk secara keseluruhan daerah kecil Tamparuli.
Zon waktuMST
Poskod
8925X
Kod kawasan088
Kawasan KejirananTuaran, Topokon, Kiulu, Pekan Nabalu
Tamu MingguanRabu
Laman sesawangww2.sabah.gov.my/dktmp/

Tamparuli (Jawi: تمڤارولي), merupakan sebuah pekan dan daerah kecil yang terletak di daerah Tuaran, Pantai Barat Sabah, Malaysia. Kawasan Tamparuli mempunyai sebuah pejabat daerah kecil sendiri untuk mengurus pentadbiran dan juga merupakan sebuah mukim di daerah Tuaran. Kebanyakan penduduk di sini berbangsa Kadazan-Dusun. Di samping itu, terdapat juga masyarakat berbangsa Cina (Kebanyakan adalah Hakka) yang berniaga di sini. Jarak pekan Tamparuli ke bandar Kota Kinabalu adalah lebih kurang 36 kilometer manakala jarak pekan Tamparuli ke pekan Tuaran adalah 9 kilometer. Tamparuli terkenal dengan daya tarikannya iaitu mempunyai jambatan gantung terpanjang, dengan terciptanya lagu Jambatan Tamparuli oleh penyanyi Justin Lusah pada tahun 1977, yang kini menjadi lagu kegemaran bagi kaum Kadazan Dusun. Pekan Tamparuli juga merupakan tempat persinggahan dalam perjalanan ke pekan Kiulu dengan melakukan aktiviti berakit bagi pelancong domestik dan asing.