Lebuhraya Pan Borneo
Pan Borneo Highway Jalai Besai Pan Borneo Talun-alun tagayo Pan Borneo لبوه راي ڤن بورنيو | |
|---|---|
| Maklumat laluan | |
| Sebahagian daripada AH150 | |
| Panjang | 2,251 km (1,399 mi) |
| Komponen lebuh raya |
|
| Simpang utama | |
| Hujung baratdaya | Sematan, Sarawak |
| Kuala Belait, Brunei | |
| Hujung timurlaut | Serudong, Sabah |
| Lokasi | |
| Negara | Malaysia, Brunei Darussalam |
| Bandar utama | Bandar Seri Begawan, Jerudong, Gadong, Berakas, Kuching, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Bintulu, Miri, Limbang, Lawas, Sipitang, Weston, Keningau, Papar, Kota Kinabalu, Kota Belud, Sandakan, Tawau, Seria, Lumut, Sungai Liang, Tutong, Lumut |
| Sistem lebuh raya | |
| Jaringan Lebuhraya Asia Sistem Jalan Persekutuan Malaysia Sistem Jalan Kebangsaan Brunei | |
| Rangkaian Lebuh Raya Asia | |
Lebuh Raya Asia 150 | |
|---|---|
| Simpang utama | |
| Hujung barat | Sematan, Sarawak, Malaysia |
| Hujung timur | Serudong, Sabah, Malaysia |
| Lokasi | |
| Negara | Malaysia, Brunei |
| Sistem lebuh raya | |
| Rangkaian Lebuh Raya Asia | |
Lebuhraya Pan Borneo, juga dikenali sebagai Lebuhraya Trans Borneo, (Laluan Persekutuan LP 1 (1 (Sarawak)) di Sarawak, LP 1 (1 (Sabah)) di Sabah & Laluan Kebangsaan 1 di Brunei) AH150 adalah satu rangkaian laluan persekutuan yang menghubungkan Sarawak, Brunei dan Sabah. Projek Lebuhraya Pan Borneo adalah projek usaha sama antara kerajaan Brunei dan Malaysia. Projek tersebut bermula sebaik sahaja Sarawak dan Sabah menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Faktor utama pembinaan lebuh raya ini adalah berikutan tiadanya rangkaian jalan raya di Sarawak. Bahagian yang menghubungkan Sarawak, Sabah dan Brunei adalah bahagian Lawas - Temburong (Brunei), siap pada tahun 1997. Dengan siapnya bahagian tersebut, pemandu boleh memandu secara terus dengan kereta dari Kuching ke Kota Kinabalu. Namun demikian, Kerajaan Pusat terus membina bahagian-bahagian baru bagi menghubungkan kawasan luar bandar di Sarawak.
Panjang keseluruhan sistem lebuh raya ini dianggarkan sepanjang lebih kurang 2,239 km . Setakat tahun 2002, lebih kurang 997.18 km atau 95.2% daripada panjang keseluruhan lebuh raya tersebut telah disiapkan. Setakat ini, bahagian terbaru yang siap dibina adalah bahagian Tenom - Sipitang pada tahun 2006. Pembinaan bahagian terakhir dari Kalabakan ke Sepulut bakal dimulakan pada tahun 2008, oleh itu keseluruhan rangkaian Lebuhraya Pan Borneo dijangka siap dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan. Di bawah Projek Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo juga, pembinaan jalan empat lorong dirancang untuk dilaksanakan pada masa depan termasuk lorong memotong di setiap satu kilometer untuk menangani kawasan kerap kemalangan dan pemendekan jalan. Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof, sejumlah RM500 juta diluluskan oleh kerajaan untuk tujuan bagi menangani kawasan berisiko selain menaik taraf serta menyelenggara jalan rosak. Sepanjang Lebuhraya Pan Borneo ini kelak, jaringan jalan ini tidak akan dikenakan sebarang Tol kerana ianya merupakan jalan utama menghubungkan ke bahagian-bahagian lain di Sarawak.
Projek pembukaan dan perasmian nya akan bermula pada 31 Mac 2015 ini akan memulakan fasa 1 pembinaan bermula di Nyabu Simpang Bakun 51 km dari Bandar Bintulu dan Miri seterusnya akan ke fasa 2, 3 dan akan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2022.
Lebuhraya Pan Borneo turut dihubungkan ke rangkaian jalan raya di Kalimantan, Indonesia, di mana ia dikenali sebagai Lebuhraya Trans-Kalimantan (Jalan Lintas Kalimantan dalam Bahasa Indonesia). Jajaran di Indonesia menghubungkan pekan Tebedu dengan bandar raya Pontianak.
Ketua Penerangan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Senator Annabell Perian, menyatakan bahawa projek tersebut ada membawa dimensi baharu pada landskap pembangunan infrastruktur apabila ia sepenuhnya siap , dan beliau juga menyatakan yang pelaksanaan projek LPB bagi jajaran Sabah sejauh lebih 706 kilometer dari Sindumin hingga ke Tawau, sedang rancak dalam pelaksanaan secara berfasa .
Tujuan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) ialah demi meningkatkan perkembangan infrastruktur di Sabah dan Sarawak, dengan panjang keseluruhan ialah 2,239 KM (dari Telok Melano lalu Lundu hingga Tawau dan ke Serudong) .