Kyōiku kanji

Kanji Kyouiku (教育漢字, Kyouiku Kanji, "Kanji pendidikan") atau Gakunenbetsu Kanji Haitouhyou (学年別漢字配当表, "senarai Kanji berdasarkan tahun sekolah") merupakan senarai 1,006 aksara Kanji yang dibina oleh Kementerian Pelajaran Jepun sebagai garis panduan kepada Kanji-kanji yang sepatutnya diajar dalam setiap tahun pembelajaran. Selain daripada pelajar Jepun, senarai ini boleh digunakan untuk pelajar bahasa Jepun di luar negara Jepun.