Kurt Daluege

Kurt Daluege
SS-Obergruppenführer Daluege pada Mac 1936
Dalam jawatan
26 Jun 1936 – 31 Ogos 1943
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehAlfred Wünnenberg
Dalam jawatan
5 Jun 1942 – 24 Ogos 1943
Ketua(Konstantin von Neurath sebagai Penaung Bergelar)
Didahului olehReinhard Heydrich
(sebagai Pemangku Penaung)
Digantikan olehWilhelm Frick
(sebagai Penaung)
Maklumat peribadi
Lahir(1897-09-15)15 September 1897
Kreuzburg, Upper Silesia, Empayar Jerman
(sekarang Kluczbork, Poland)
Meninggal dunia24 Oktober 1946(1946-10-24) (umur 49)
Prague, Czechoslovakia
(sekarang Republik Czech)
KewarganegaraanJerman
Parti politikParti Nazi (NSDAP)
PasanganKäthe Schwarz (dikahwini 1926)
Perkhidmatan tentera
Pangkat SS-Oberst-Gruppenführer und Generaloberst der Polizei
Criminal conviction
Sebab kematianHukuman gantung
Terkenal keranaPembunuhan beramai-ramai Lidice
Status jenayahHukuman mati
SabitanJenayah perang
Hukuman jenayahMati

Kurt Daluege (atau Dalüge; 15 September 1897 – 24 Oktober 1946) adalah seorang SS-Oberstgruppenführer dan Generaloberst Polis (pangkat setaraf dengan Kolonel Jeneral, atau Jeneral empat bintang) yang menjadi ketua Ordnungspolizei (Polis Tetap) Jerman Nazi. Selepas pembunuhan Reinhard Heydrich pada tahun 1942, beliau berkhidmat sebagai Timbalan Penaung bagi Negeri Naungan Bohemia dan Moravia. Daluege mengarah tindakan pembalasan Jerman untuk pembunuhan itu, termasuk pembunuhan beramai-ramai di Lidice. Selepas berakhirnya Perang Dunia II, beliau telah diekstradisi ke Czechoslovakia, dibicarakan, disabitkan kesalahan dan dihukum mati pada tahun 1946.