Hukuman gantung

Penggantungan merujuk kepada perbuatan menggantung sambil menjerut atau memaut tali gantung keliling leher seseorang sehingga tergantung tidak jejak bumi sehingga mati.

Ia merupakan antara kaedah menghukum penjenayah sehingga mati paling lazim dilakukan sejak Zaman Pertengahan malah masih diteruskan di banyak kawasan dan negara sehingga kini - ia pertama kali dicatat dalam teks kuno Yunani Odýsseia karya Homeros (Buku ke-XXII). Ia juga merupakan salah satu kaedah membunuh diri yang kerap dijumpai.