Ordnungspolizei

Orpo
Ordnungspolizei
Panji-panji komander Ordnungspolizei
Orpo dibawah pentadbiran Kementerian Dalam Negeri, diketuai oleh anggota SS
Kurt Daluege, Ketua Ordnungspolizei (dua dari kiri) bersama Adolf von Bomhard, Orpo Generalleutnant bagi Reich Ketiga (tiga dari kiri) di akademi polis Rathenow, Havelland, pada musim gugur 1940
Intisari Polis Negara
Dibentuk26 Jun 1936
Agensi yang mengambil alih
JenisPolis Negara
Bidang kuasa
Jerman Nazi
Taklukan Eropah
Ibu pejabatHauptamt Ordungspolizei, Prinz-Albrecht-Straße, Berlin
52°30′26″N 13°22′57″E / 52.50722°N 13.38250°E / 52.50722; 13.38250
Kakitangan401,300 (1944)
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Polis Negara
Agensi induk
Reichsinnenministerium (Kementerian Dalam Negeri Reich)

Ordnungspolizei atau Orpo (bahasa Inggeris: Order Police) (Bahasa Melayu: Polis Tetap) ialah pasukan polis beruniform di Jerman Nazi antara tahun 1936 dan 1945. Organisasi Orpo telah diserap kedalam penguasaan Nazi selepas bidang kuasa polis serantau dikeluarkan bagi menyokong kerajaan pusat Nazi (Verreichlichung polis). Ia berkhidmat dibawah SS sehingga akhir Perang Dunia II. Oleh kerana pakaian seragam mereka berwarna hijau, Orpo juga dikenali sebagai Grüne Polizei (polis hijau). Pasukan tersebut pada awalnya ditubuhkan sebagai pertubuhan berpusat yang menyatukan polis beruniform kawasan bandar, bandaraya, dan pedalaman yang telah diatur mengikut negeri.

Ordnungspolizei memegang hampir kesemua penguatkuasa undang-undang Reich Ketiga dan organisasi tindakbalas kecemasan, termasuk bomba, pengawal pantai, pertahanan awam, dan juga peronda malam. Dikerah bersama-sama tentera darat Wehrmacht dalam Penjajahan Poland pada tahun 1939, ia bertugas mengugut penduduk-penduduk awam negara yang dijajah dan ditakluki bermula pada musim bunga 1940.