Pasar Payang

Pasar Payang atau Pasar Besar Kedai Payang merujuk kepada pasar besar 2 tingkat terletak berhampiran dengan jeti Shahbandar Kuala Terengganu. Ia merupakan tempat perniagaan tradisional yang popular dikalangan pelancong ke Terengganu terutama sebagai persinggahan menaiki bot ke pulau-pulau berhampiran. Di bahagian bawahnya terdapat gerai basah dan gerai menjual pelbagai kuih-muih traditional negeri Terengganu. Di bahagian atas terdapat pelbagai kedai menjual pelbagai barangan.

Pasar Kedai Payang terletak di bandar Kuala Terengganu, Terengganu betul-betul mengadap Laut China Selatan. Ia merupakan tumpuan para pelancong yang datang ke Kuala Terengganu. Bangunan pasar ini dua tingkat terbahagi kepada dua jenis barang utama. Bahagian bawah menjual barangan dapur termasuk ikan, sayur-sayuran dan kuih-muih tradisional. Sementara tingkat atas terkenal sebagai menjual pakaian terutama batik Terengganu, sutera, kain broket dan songket tenunan Melayu.

Bazar Warisan pula terletak di sebelah pasar payang ini. Kompleks Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan premis perniagaan yang berdekatan menyebabkan persekitarannya sesak terutama pada hari Sabtu dan Ahad.