Kruiser Jerman Prinz Eugen
Sebagai USS Prinz Eugen, sebelum ujian bom atom di Atol Bikini
| |
| Sejarah | |
|---|---|
| Jerman Nazi | |
| Nama: | Prinz Eugen |
| Bersempena dengan: | Prince Eugene dari Savoy |
| Pembina: | Germaniawerft |
| Dibaringkan: | 23 April 1936 |
| Dilancarkan: | 22 Ogos 1938 |
| Ditauliah: | 1 Ogos 1940 |
| Penghargaan dan anugerah: | Dua kali disebut dalam Wehrmachtbericht |
| Takdir: | Ditunda ke Atol Kwajalein selepas ujian senjata nuklear, terbalik Disember 1946 |
| Ciri-ciri umum | |
| Kelas dan jenis: | kruiser kelas-Admiral Hipper |
| Sesaran: |
|
| Panjang: | 212.5 m (697 ka 2 in) keseluruhan |
| Lunas: | 21.7 m (71 ka 2 in) |
| Draft: | Muatan penuh: 7.2 m (24 ka) |
| Jana kuasa: |
|
| Halaju: | 32 knot (59 km/j; 37 mph) |
| Anak kapal: |
|
| Persenjataan: |
|
| Perisai: |
|
| Pesawat yang dibawa: | 3 Arado Ar 196 |
| Kemudahan penerbangan: | 1 katapel |
| Nota: | Angka adalah untuk kapal yang di bina |
Prinz Eugen (Sebutan bahasa Jerman: [ˈpʁɪnts ɔʏˈɡeːn]) adalah sebuah kruiser berat kelas-Admiral Hipper, ahli ketiga dari kelas lima kapal. Ia berkhidmat dengan Kriegsmarine Jerman Nazi semasa Perang Dunia II. Kapal ini mula dibina pada April 1936, dilancarkan pada Ogos 1938, dan memasuki perkhidmatan selepas meletusnya perang, pada Ogos 1940. Ia telah dinamakan sempena Prince Eugene dari Savoy, seorang jeneral abad ke-18 yang berbangsa Austria. Ia dilengkapi dengan lapan laras meriam utama berukuran 20.3 cm (8.0 in) dan, walaupun secara nominal ditetapkan had 10,000-long-ton (10,000 t) oleh Perjanjian Tentera Laut Inggeris-Jerman, sebenarnya mempunyai sesaran lebih 16,000 long ton (16,000 t).
Prinz Eugen dilihat bertempur dalam Operasi Rheinübung, iaitu satu cubaan penerobosan ke Lautan Atlantik bersama kapal tempur Bismarck pada Mei 1941. Kedua-dua kapal itu memusnahkan kruiser tempur HMS Hood British dan merosakkan kapal tempur HMS Prince of Wales dalam Pertempuran Selat Denmark. Prinz Eugen telah dipisahkan dari Bismarck semasa operasi untuk menyerang kapal-kapal dagang Bersekutu, tetapi ia disingkatkan kerana masalah enjin. Selepas memasuki Perancis dan menjalani pembaikian, kapal itu terlibat dalam Operasi Cerberus, iaitu gerakan lintas berani pada waktu siang melalui Selat Inggeris untuk pulang ke Jerman. Pada Februari 1942, Prinz Eugen telah di aturgerak ke Norway, walaupun tempoh untuk ditempatkan disana telah dikurangkan apabila ia di torpedo oleh kapal selam Trident British beberapa hari selepas tiba di perairan Norway. Torpedo itu merosakkan teruk bahagian buritan kapal, yang mana memerlukan pembaikian di Jerman.
Apabila kembali aktif, kapal ini menghabiskan masa beberapa bulan melatih pegawai kadet di Baltik sebelum berkhidmat sebagai artileri sokongan bagi Tentera Darat Jerman yang berundur dari Barisan Timur. Selepas kekalahan Jerman pada Mei 1945, ia telah menyerah kalah kepada Royal Navy British sebelum dipindahkan ke Tentera Laut Amerika Syarikat sebagai ganjaran perang. Selepas memeriksa kapal itu di Amerika, pihak US Navy menugaskan kruiser tersebut ke ujian nuklear Operasi Crossroads di Atol Bikini. Selepas terselamat dari letupan bom atom, Prinz Eugen telah ditunda ke Atol Kwajalein, dimana ia akhirnya terbalik dan karam pada Disember 1946. Bangkai kapal masih kelihatan di atas air kira-kira dua batu di barat laut Lapangan Terbang Tentera Darat Bucholz, di pinggir Enubuj. Salah satu skru bebalingnya telah diselamatkan dan dipamerkan di Memorial Tentera Laut Laboe di Jerman.