Pertempuran Selat Denmark
| Pertempuran Selat Denmark | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Sebahagian daripada Perang Dunia II | |||||||
Bismarck membedil HMS Prince of Wales pada 24 Mei 1941 | |||||||
| |||||||
| Pihak yang terlibat | |||||||
| Jerman Nazi | United Kingdom | ||||||
| Komandan dan pemimpin | |||||||
|
Günther Lütjens Ernst Lindemann Helmuth Brinkmann |
Lancelot Holland † John Leach Ralph Kerr † Frederic Wake-Walker | ||||||
| Kekuatan | |||||||
|
1 kapal tempur 1 kruiser berat |
1 kapal tempur 1 kruiser tempur 2 kruiser berat Tidak terlibat dalam kombat: 6 kapal pembinasa (dipisah-pisahkan dalam perjalanan pada waktu petang sebelum pertempuran) | ||||||
| Kerugian dan korban | |||||||
|
1 kapal tempur rosak 5 cedera |
1 kruiser tempur tenggelam 1 kapal tempur rosak 1,428 terbunuh 9 cedera | ||||||
Pertempuran Selat Denmark adalah satu peperangan laut pada 24 Mei 1941 dalam Perang Dunia II, antara kapal-kapal Royal Navy dengan Kriegsmarine Jerman. Kapal tempur British HMS Prince of Wales dan kruiser tempur HMS Hood melawan kapal tempur Jerman Bismarck dan kruiser berat Prinz Eugen, yang cuba melolos masuk kedalam Atlantik Utara untuk menyerang kapal-kapal dagang Bersekutu (Operasi Rheinübung).
Kurang dari 10 minit selepas British melepaskan tembakan, satu bedilan dari Bismarck mengenai stor simpanan peluru Hood di bahagian buritan. Sejurus selepas itu, Hood meletop dan tenggelam dalam masa tiga minit, mengorbankan 1418 anak kapalnya dengan hanya tiga anak kapal yang terselamat. Prince of Wales terus berbalas tembakan dengan Bismarck tetapi mengalami kerosakan serius pada meriam utamanya. Kapal tempur British ini baru sahaja disiapkan pada akhir Mac 1941, dan menggunakan turet meriam berkembar empat laras yang tidak boleh diharapkan. Oleh itu, Prince of Wales segera menghentikan pertempuran. Peperangan itu dianggap satu kemenangan taktikal bagi pihak Jerman tetapi kesannya adalah pendek; kerosakan yang berlaku pada tangki bahan api di bahagian depan Bismarck memaksa pembolosan diabaikan dan satu cubaan untuk melepaskan diri ke tempat limbungan kering di Perancis taklukan Jerman, menghasilkan kemenangan operasional bagi British. Berang dengan kehilangan Hood, sebuah pasukan besar British mengejar dan menenggelamkan Bismarck tiga hari kemudian.