KAI KF-21 Boramae

Imy dates|date=January 2024}}

KF-21 Boramae
Peranan Block 1: pesawat penguasaan udara
Block 2: MRCA, pesawat penguasaan udara
National origin Korea Selatan
Pengeluar Industri Aeroangkasa Korea
Kumpulan pereka Agensi untuk Pembangunan Pertahanan
Penerbangan sulung 19 Julai 2022
Pengenalan 2026 (dirancang)
Pengguna utama Tentera Udara Republik Korea

KAI KF-21 Boramae adalah satu projek oleh Korea Selatan bagi membangunkan sebuah pesawat pejuang buatan tempatan untuk Tentera Udara Republik Korea (ROKAF).

Projek ini diumumkan buat pertama kali oleh Presiden Korea Selatan Kim Dae-Jung pada majlis graduasi di Akademi Tentera Udara pada bulan Mac 2001. Meskipun keperluan operasi awal untuk program KF-X seperti yang dinyatakan oleh ADD (Agensi Pembangunan Pertahanan) adalah satu tempat duduk, jet enjin berkembar dengan keupayaan halimunan melepasi tahap yang terdapat pada Dassault Rafale atau Eurofighter Typhoon, tetapi masih di bawah tahap Lockheed Martin F-35 Lightning II.