Industri Aeroangkasa Korea

Korea Aerospace Industries, Ltd.
Nama asli한국항공우주산업주식회사
Jenis/bentuk sahAwam
Didagangkan sebagaiKSE: 047810
Industri
  • Aeroangkasa
  • Pertahanan
Pendahulu
  • Daewoo Heavy Industries
  • Hyundai Space and Aircraft
  • Samsung Aerospace
Ditubuhkan1 Oktober 1999 (1999-10-01)
Ibu pejabat78, Gongdanro 1-ro, Sanam-myeon, Sacheon-si, Gyeongsangnam-do, Korea Selatan
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh penting
  • Kang Goo-young (CEO)
Keluaran
Hasil ₩2.7869 trillion (2022)
Pendapatan kendalian ₩141.6 billion (2022)
Pendapatan bersih ₩115.9 billion (2022)
Jumlah aset ₩7.7724 trillion (2022)
Jumlah ekuiti ₩1.4532 trillion (2022)
Pemilik
  • Export–Import Bank of Korea (26.41%)
  • National Pension Service (9.97%)
  • Fidelity Management & Research (7.27%)
  • Employee stock ownership (1.57%)
  • Other (0.04%)
Bilangan kakitangan5,072 (September, 2023)
Anak syarikat
  • Aviosys Technologies
  • Korea Aviation Engineering & Maintenance Service
  • S&K Aerospace
Tapak webOfficial website in English
Tapak sesawang rasmi dalam bahasa Korea
sunting · sunting di Wikidata

Korea Aerospace Industries, Ltd. (KAI; Hangul: 한국항공우주산업; hanja: 韓國航空宇宙産業; RR: Hanguk Hanggonguju Saneop) adalah sebuah syarikat pertahanan dan aeroangkasa daripada Korea Selatan. Ia asalnya diwujudkan sebagai sebuah syarikat usahasama di antara divisyen aeroangkasa Daewoo Heavy Industries', Samsung Aerospace, dan Hyundai Space and Aircraft. Pada tahun 1999, KAI menjadi lebih bebas daripada syarikat-syarikat pengasasnya, dengan peningkatan kepentingan aeroangkasa di atas arahan kerajaan Korea Selatan berikutan dengan masalah kewangan yang melanda syarikat-syarikat induk berikutan Krisis Kewangan Asia 1997.

KAI telah membangunkan banyak produk aeroangkasa termasuk Kenderaan Pelancaran Angkasa Korea-II (KSLV-II) dan pelbagai satelit. Ia juga terlibat dalam pengeluaran beberapa pesawat buatan negara-negara luar melalui perjanjian pengeluaran berlesen, seperti MBB/Kawasaki BK 117, MBB Bo-105 KLH, dan KF-16. KAI juga telah membangunkan rekabentuk pesawatnya sendiri, termasuk KT-1 Woongbi dan pesawat latihan T-50 Golden Eagle, KC-100 Naraon, dan helikopter KUH-1 Surion. Kedua-dua ibu pejabat dan kemudahan pengeluaran terletak di Sacheon, Wilayah Gyeongsang Selatan.